produk yang menggunakan grinding proses

reka bentuk dan teknologi tingkatan 2-flip ebook pages 1 - 13| anyflip | anyflip

reka bentuk dan teknologi tingkatan 2-flip ebook pages 1 - 13| anyflip | anyflip

2BAB APLIKASI TEKNOLOGITeknologi membantu manusia dalam segala aspek Dengan pengaplikasian teknologi,kehidupan. Aplikasi teknologi telah jelas terbukti alatan kegunaan harian seperti inimembantu manusia dalam menyelesaikan telah diperbaharui reka bentuknya.pelbagai masalah yang dihadapi. Semakin Alatan ini lebih mudah digunakan danmaju sesebuah masyarakat, semakin banyak fungsinya dipelbagaikan. Dengan katateknologi yang digunakan. lain, pengaplikasian teknologi dalam pelbagai bidang telah memudahkan Teknologi memberikan kesan terhadaprutin kehidupan. Teknologi mempengaruhi kehidupan kita.cara manusia bekerja, belajar, berehat,berhibur, dan sebagainya. Banyak manfaatdiperoleh daripada aplikasi teknologi,antaranya termasuklah memudahkan sesuatuproses kerja, menjadikan sesuatu proses kerjaitu lebih konsisten, meningkatkan produktiviti,dan menghasilkan kerja yang lebih kreatif. 22 7/6/17 3:25 PM02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 22

2.1 Teknologi Pembuatan APA YANG AKAN DIPELAJARI Mengenal pasti teknologi pembuatan produk Menghuraikan proses pembuatan produk berdasarkan teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden Membanding beza teknologi pembuatan konvensional dengan pembuatan moden dalam proses penghasilan produk Membuat lakaran model 3D bermaklumat Menganalisis lakaran model 3D Membuat acuan model 3D Membuat model 3D berdasarkan proses kerja secara acuan dan menggunakan pen 3D Membuat kemasan model 3D menggunakan elektrostatik dan

Aplikasi Teknologi BAB 22.1.1 Mengenal Pasti Teknologi Pembuatan ProdukTeknologi pembuatan produk ialah INFO EKSTRAsatu kaedah menghasilkan produk Produk kegunaan peribadi seperti berus gigi, kasut, baju,sama ada menggunakan alatan dan cawan hinggalah kepada produk keluaran industri sepertitangan atau mesin. Pelbagai produk jentera berat dan mesin-mesin berteknologi tinggi terhasilyang digunakan oleh manusia daripada teknologi pembuatan.dihasilkan menggunakan MERENTAS KURIKULUMteknologi pembuatan. Menurut The Association OfGambar Foto 2.1.1 Manufacturing Technology, Manufacturing technology providesmenunjukkan sebuah periuk the tools that enable production of all manufactured goods. Dengannasi yang terhasil daripada lebih jelas lagi, teknologi pembuatan ialah proses menghasilkan produkpenggunaan teknologi dengan menggunakan teknologi pemesinan dan peralatan.pembuatan. Periuk nasielektrik tersebut mempunyaikawalan mikrokomputeryang mampu memasakpelbagai jenis makanan Gambar Foto 2.1.1berbanding dengan periuk Antara hasil produknasi konvensional yang boleh teknologi pembuatanmemasak nasi sahaja. Teknologi Pembuatan ProdukKaedah Konvensional Kaedah Moden Menggunakan Pembuatan produk teknologi yang asas menggunakan dan biasanya kaedah moden dikendalikan oleh dapat menjimatkan individu dengan masa, kos, dan menggunakan bahan. Penggunaan tangan. Kemahiran mesin menggantikanindividu amat diperlukan dalam penghasilan penggunaan alatanproduk, juga menggunakan peralatan- tangan. Pembinaan produk akan menjadiperalatan asas seperti tukul, pahat, gergaji lebih cepat dan tepat tanpa membazirkantangan, dan sebagainya. Jenis produk yang tenaga dan masa. Pada masa yang sama,dihasilkan terhad dan memerlukan masa individu dapat menjalankan banyak tugasyang lama untuk disiapkan. (multitasking) yang berlainan.Rajah 2.1.1 Teknologi pembuatan produk menggunakan kaedah konvensional dan kaedah moden CABAR MINDA1. Namakan dua kaedah dalam teknologi pembuatan produk.2. Senaraikan produk-produk yang dihasilkan menggunakan teknologi pembuatan.3. Nyatakan kelebihan kaedah moden dalam teknologi pembuatan produk. 2502 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 25 7/6/17 3:25 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi2.1.2 Menghuraikan Proses Pembuatan Produk Berdasarkan Teknologi Pembuatan Konvensional dan Pembuatan ModenProses pembuatan produk ialah Gambar Foto 2.1.2satu kaedah dan teknik tentang Memotongsumber tenaga kerja, mesin, dan bahan denganbahan yang ada diubah untuk kaedah konvensionalmenghasilkan produk siap. Pelbagaiperingkat pembinaan perlu dilalui Gambar Foto 2.1.3oleh bahan tersebut seperti Memotongpemotongan, pembinaan, tuangan, bahan denganpemasangan, pembersihan, dan kaedah modenkemasan sebelum sesuatu produkdapat digunakan. Seperti yang telahdipelajari, terdapat dua kaedahdalam pembuatan, iaitu kaedahkonvensional dan kaedah moden. Rajah 2.1.2 menunjukkan cartaproses tentang pembinaan sebuahproduk pembuatan yang bermuladaripada proses perancangansehingga kaedah pembinaan. Perancangan Kumpul gambar-gambar yang Kaji Selidik berkaitan dengan proses Lakaran/Lukisan pembuatan yang menggunakan kaedah konvensional dan kaedah moden. Bandingkan gambar-gambar tersebut menggunakan peta pokok untuk melihat perbezaan kedua-dua kaedah itu.Mock-up Model Penilaian/Pengujian Pembinaan Produk Kaedah Konvensional Kaedah Moden Rajah 2.1.2 Carta alir dalam proses pembuatan2602 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 26 7/6/17 3:26 PM

Aplikasi Teknologi BAB 2A Proses Pembuatan Menggunakan Kaedah KonvensionalProses pembuatan yang menggunakan kaedah konvensional biasanya dilakukan dengantangan sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan peralatan. Contoh kaedah pembuatansecara konvensional adalah seperti yang berikut: menukul paku menggunakan tukul besi; memutar skru menggunakan pemutar skru; meratakan permukaan kayu menggunakan ketam kayu; memotong kayu menggunakan gergaji tangan atau gergaji puting; mengecat menggunakan berus cat. INFO EKSTRA Dalam proses pembuatan yang menggunakan kaedah konvensional, sumber tenaga dan motor tidak digunakan. Gambar Foto 2.1.4 Proses pembuatan Gambar Foto 2.1.5 Proses dengan kaedah konvensional pembuatan dengan kaedah modenB Proses Pembuatan Menggunakan Bincangkan aktiviti pembuatan Kaedah Moden yang menggunakan kaedah konvensional dan kaedah moden.Proses pembuatan yang menggunakan kaedah moden Senaraikan dan bandingkanpula menggunakan mesin dalam menghasilkan sesuatu kedua-dua kaedah tersebut.produk. Mesin-mesin ini digerakkan oleh tenagaelektrik. Pelbagai proses pembuatan yang rumit dapatdilaksanakan dengan baik. Contoh proses pembuatandengan kaedah moden adalah seperti yang berikut: memotong kayu menggunakan mesin gergaji; memutar skru menggunakan pemutar skru tanpa wayar; melicinkan permukaan kayu menggunakan mesin pelelas; menebuk lubang menggunakan mesin gerudi lantai; menghasilkan produk plastik yang menggunakan mesin pengacuan suntikan (injection moulding). CABAR MINDA1. Nyatakan aliran asas proses pembuatan.2. Senaraikan tiga peralatan konvensional dan peralatan moden yang mempunyai fungsi yang sama. 2702 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 27 7/6/17 3:26 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi 2.1.3 Membanding Beza Teknologi Pembuatan Konvensional dengan Pembuatan Moden dalam Proses Penghasilan ProdukPerbezaan antara penggunaan kaedah konvesional dengan kaedah moden dapat dilihat daripelbagai aspek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.3. Perbezaan Kaedah Konvensional dan ModenMasa Hasil Kos Tenaga Kuantiti Kualiti Estetika Rajah 2.1.3 Perbezaan antara penggunaan kaedah konvensional dengan kaedah moden Jadual Banding Beza Proses Pembuatan Konvensional dan ModenJadual banding beza dihasilkan untuk melihatperbezaan yang terdapat dalam penggunaan kaedahkonvensional dan kaedah moden semasa prosespembuatan sesuatu produk. Perbezaan dilihat dariaspek masa, hasil, kos, tenaga kerja, kuantiti, kualiti,dan estetika yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.1. Rajah 2.1.4 Proses pembuatan menggunakan kaedah moden Rajah 2.1.5 Proses pembuatan menggunakan kaedah konvensional Jadual 2.1.1 Jadual banding beza proses pembuatan konvensional dan modenAspek Kaedah Konvensional Kaedah ModenMasa Lama untuk disiapkan Dapat disiapkan dengan pantasHasil Bentuk yang tidak seragam Bentuk seragam antara satu dengan yang lainKos Kos pembuatan yang tinggi Kos rendah untuk pengeluaran berskala besarTenaga kerja Kemahiran mereka bentuk tinggi Memerlukan pengendali mesin yang mahirKuantiti Kuantiti pengeluaran yang terhad Kuantiti pengeluaran yang banyakKualiti Tiada piawai tertentu Mempunyai piawai yang ditetapkanEstetika Nilai estetika yang tinggi Nilai estetika yang terhad CABAR MINDA1. Pilih satu produk. Buat banding beza proses pembuatan produk tersebut menggunakan kaedah konvensional dan kaedah moden.2802 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 28 7/6/17 3:26 PM

Aplikasi Teknologi BAB 22.1.4 Membuat Lakaran Model 3D BermaklumatLakaran model tiga dimensi (3D) dibuat untuk Kelab Reka Bentuk dan Teknologi sekolahmenvisualkan idea daripada pereka bentuk. kamu akan mengadakan Jualan Hari Kantin.Konsep lakaran idea yang digunakan telah Kelab bersetuju untuk menjual rantai kuncidipelajari daripada bab lakaran di Tingkatan Satu. sebagai produk utama. Kamu ditugaskanMari kita ambil gasing sebagai contoh produk menghasilkan rantai kunci berbentuk gasingyang akan dihasilkan. dengan menggunakan konsep rupa bentuk kerang sebagai rujukan. Hasilkan lakaran Lakaran Idea idea awal sehingga menjadi lakaran akhir produk rantai kunci tersebut.Murid perlu melakarkan beberapa jenis bentuk Penggunaan pen 3D memerlukan kemahirangasing. Reka bentuk boleh dimanipulasi daripada yang tinggi dan latihan yang secukupnyakeadaan sekeliling seperti bentuk alam semula jadi sebelum dapat menghasilkan bentuk yangatau bentuk geometri. Lakaran yang dihasilkan menarik dan berkualiti.mesti mengandungi maklumat penting sepertibahan, saiz, warna, dan lain-lain. Murid bolehmerujuk elemen dan prinsip reka bentuk untukdiimplementasikan dalam lakaran masing-masing.1Lakaran 2Lakaran 3Lakaran Setelah beberapa lakaran idea diperoleh, 45 mm Plastiklakaran terbaik, iaitu lakaran yang memenuhikriteria yang ditetapkan dipilih. Pereka bentuk Logamboleh menggabungkan idea daripada lakaran- (keluli lembut)lakaran lain sama ada pada reka bentuk,fungsi, bahan, dan lain-lain. Pereka bentuk 62 mmboleh juga menggabungkan sebahagianatau bahagian tertentu hasil lakaran yang Rajah 2.1.6 Lakaran akhirlain. Beberapa penambahbaikan boleh dengan penambahbaikandilakukan pada lakaran akhir tersebut denganmenganalisis lakaran model 3D. CABAR MINDA1. Nyatakan tujuan membuat lakaran 3D.2. Senaraikan maklumat yang perlu dinyatakan dalam lakaran 3D sesuatu produk. 2902 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 29 7/6/17 3:26 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi 2.1.5 Menganalisis Lakaran Model 3DLakaran akhir yang dihasilkan mungkin belum cukup sempurna untuk menghasilkan produkyang mempunyai nilai dan kebolehpasaran. Oleh itu, beberapa penambahbaikan perludilakukan bagi mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki. Analisis perlu dilakukan pada lakaran akhir untuk mencari kecacatan sekiranya ada.Contoh analisis boleh dilakukan dengan berpandukan Jadual 2.1.2. Jadual 2.1.2 Jadual analisis lakaran akhir model 3DBil. Aspek Ya Tidak Catatan1 Adakah rupa bentuk menepati kehendak projek brief?2 Adakah cadangan bahan yang digunakan sesuai dengan produk?3 Apakah warna yang digunakan dapat menarik perhatian pelanggan?4 Adakah saiz produk sesuai dengan fungsi produk?5 Adakah tekstur pada permukaan produk mempengaruhi fungsi penggunaan produk?6 Adakah rupa bentuk produk tidak berbahaya terhadap pengguna? Keputusan:Rajah yang berikut menunjukkan suatu lakaran model 3D bagi sebuah produk. Lakukan analisispada produk tersebut berpandukan contoh jadual yang telah dipelajari. Buat pembentangan untukmempersembahkan hasil dapatan kepada keseluruhan kelas. 1000 mm 480 mm 500 mm CABAR MINDA1. Senaraikan aspek-aspek yang perlu diberi perhatian semasa menganalisis lakaran model 3D.2. Terangkan kepentingan analisis dilakukan ke atas lakaran model 3D sesuatu produk.3002 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 30 7/6/17 3:26 PM

Aplikasi Teknologi BAB 2 2.1.6 Membuat Acuan Model 3DTeknologi pembuatan mempunyai kaedah yang pelbagai untuk menghasilkan sesuatuproduk. Jadual 2.1.3 menunjukkan beberapa contoh kaedah pembuatan yangboleh digunakan. Jadual 2.1.3 Kaedah pembuatan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produkKaedah Pembuatan Contoh Proses Definisi/PeneranganTuangan (Casting) Proses membentuk sesuatu produk atau sebahagian melalui proses peleburan dan menuangnya di dalam acuan yang telah disediakan.Acuan (Moulding) Rongga yang terdapat padaPembentukan (Forming) acuan menyerupai bentuk produk sebenar. Bahan dimasukkan ke dalam acuan sama ada melalui tuangan atau injection moulding dan dibiarkan mengeras. Proses mengubah bentuk sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang boleh digunakan untuk membina satu produk.Pemesinan (Machining) Proses membuang sesuatu bahagian daripada bahan supaya menjadi bentuk yang dikehendaki. Sambungan (Joining) Part atau komponen yang dihasilkan melalui proses02 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 31 sebelumnya disambungkan supaya menjadi satu produk baharu yang boleh berfungsi. 31 7/6/17 3:26 PM

BAB 2 Aplikasi TeknologiA ModelAsas kepada pembinaan sesuatu produk ialah satu objek seakan-akan menyerupai reka bentuk produk yang dinamakan model.Model Statik Gambar Foto 2.1.7 Model statikModel ini dihasilkan untuk melihat rupa bentuk sebenar sesuatuproduk. Tiada bahagian yang boleh digerakkan. Penilaian dilakukandari segi rupa bentuk, warna, saiz, dan pembuatan proses.Model BerfungsiModel ini dihasilkan untuk menilai kefungsian beberapabahagian pada produk. Pereka bentuk juga dapat menilaikefungsian dari segi pergerakan, kesesuaian cantuman,dan jenis bahan yang digunakan.B Proses Menghasilkan Acuan Model 3D Gambar Foto 2.1.6 Model berfungsiProses menghasilkan komponen menggunakan kaedah tuangandapat dilihat melalui carta proses yang ditunjukkan pada Rajah 2.1.7. Menghasilkan Membuat acuan Tuangan model awal 3D Rajah 2.1.7 Proses menghasilkan komponen menggunakan kaedah tuanganMenghasilkan Model Awal 3DModel awal 3D bermaksud model awal yang digunakan untuk mendapatkan rupa bentukluaran dalam proses pembinaan acuan. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkanmodel awal 3D. Biasanya, bahan seperti lilin, tanah liat, kayu, dan plastik digunakansebagai model awal 3D. Kaedah terkini dalam menghasilkan model awal 3D adalah denganmenggunakan mesin pencetak 3D. Kaedah inilebih mudah dan model awal 3D yang dihasilkanlebih tepat serta mengambil masa yanglebih singkat. Gambar Foto 2.1.9 Model awal 3D yang Gambar Foto 2.1.10 Model awal 3D yang dihasilkan menggunakan lilin dihasilkan menggunakan mesin pencetak 3D3202 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 32 7/6/17 3:26 PM

Membuat Acuan Gambar Foto 2.1.11 Aplikasi Teknologi BAB 2 Plaster of parisAcuan merupakan bekas tuangan Sudut MAYAsesuatu bahan yang hendakdibentuk. Bekas ini dibentuk dengan Imbas kod QR di bawah inimenggunakan bahan seperti pasir, untuk menonton videotanah liat, dan plaster of paris. penghasilan suatu komponenSelain itu, bahan seperti botol, kulit menggunakan teknik tuangankerang, tanah liat, kayu, zink, dan ke dalam acuan.simen boleh digunakan jugauntuk menghasilkan acuan.Tuangan Panas Gambar Foto https://links.sasbadi.com/rbt/Tuangan panas ialah satu teknik 2.1.12 Pasir tg2/04tuangan yang menggunakan haba untukmencairkan bahan tuangan. Contohbahan tuangan adalah sepertiplastik, timah, tembaga, danbesi keluli.Tuangan Sejuk Gambar Foto 2.1.13 Contoh tuangan Gambar Foto 2.1.14Tuangan sejuk dilakukan panas bahan keluli Contoh tuangan sejuktanpa melibatkan haba untuk menggunakan plastermencairkan bahan tuangan. of parisBahan tuangan seperti plasterof paris dan campuran epoxysering digunakan.Proses Menghasilkan Acuan Menggunakan Plaster of ParisProses untuk menghasilkan acuan dengan menggunakan plaster of paris akan melaluibeberapa peringkat seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.1.18.Sediakan plaster Campurkan dengan air Letakkan di dalamof paris sehingga menjadi pes bekasSapukan lapisan Celupkan separuh bahagian Biarkan sehinggaminyak pada model awal 3D ke dalam keringmodel awal 3D pes plaster of parisUlang langkah satu Tanggalkan model awal Bersihkan acuanhingga langkah enam 3D dengan berhati-hati yang terbentukRajah 2.1.18 Peta alir menunjukkan penghasilan acuan dengan menggunakan plaster of paris CABAR MINDA1. Namakan bidang atau industri yang menggunakan pencetak 3D dalam proses reka bentuk.2. Namakan dua teknik tuangan dalam menghasilkan model 3D. 3302 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 33 7/6/17 3:26 PM

BAB 2 Aplikasi Teknologi 2.1.7 Membuat Model 3D Berdasarkan Proses KerjaUntuk menghasilkan model 3D, pelbagai bahan boleh digunakan untuk tuangan. Antaranyatermasuklah plaster of paris, campuran epoxy resin dan epoxy hardener, getah, dan plastik. Proses Tuangan Menggunakan Epoxy Resin dan Epoxy HardenerLangkah-langkah tuangan menggunakan bahan epoxy resin dan epoxy hardener adalahseperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.9.Sediakan Sediakan epoxy Sediakan sukatan epoxyacuan resin dan epoxy resin dan epoxy hardener hardener dengan nisbah 50-50 dan tuang epoxy resin ke dalamKemudian tuang bekas mengikut sukatanpula epoxy hardenerke dalam bekas itu Kacau campuran kedua-dua bahan tadi sehingga sebati Tuangkan campuran bahan itu ke dalam acuan INFO KESELAMATAN Gunakan sarung tangan getah apabila mengendalilkan epoxy resin dan epoxy hardener kerana sifat kimia bahan ini sangat merengsa dan menghakis. Biarkan bahan tersebut mengeras dan keluarkan hasil tuangan dari acuan Rajah 2.1.9 Proses-proses tuangan menggunakan epoxy resin dan epoxy hardener CABAR MINDA1. Nyatakan produk-produk yang biasanya dihasilkan menggunakan acuan.2. Apakah fungsi bahan komposit dalam menghasilkan model 3D?3402 BT RBT TG2 2018-BAB 2.1(a)-Watie-Fin.indd 34 7/6/17 3:26 PM

Related Equipments